SELAMAT DATANG
mungkin tak gah tapi SB tetap ada sejarah...

Sabtu, 23 Ogos 2014

Bertemu Ogos...

Salam AidilFitri..

Walaupun sudah di penghujungnya, meriah Aidilfitri masih terasa. Ibarat rumah tinggal, dikunjungi hanya pada hari raya... baru berkesempatan menyapu sawang di muka pintu.. mengelap habuk di lantai... menyusun sedikit perabot yang tinggal..

Mari merenung sejarah SB yang turut kita lakarkan.. Tahniah Tuan Hadi bin Mat Dain, Pengetua SMKSB yang dihormati, penerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua 2013.. semoga bersama tuan SB terus menempa kejayaan... sijil Penganugerahan Kecemerlangan Pendidikan dari YAB Menteri Besar Pahang sebagai Pengerusi Yayasan Pahang pasti menguatkan semangat kita warga SB.. bak lirik lagu sekolah : Tekad Jadi Azimat... oh ya... mungkin ada yang tidak menyedari bahawa lagu sekolah yang kita nyanyikan hari ini adalah hasil usaha mantan Pengetua Tuan Wan Abd. Hamid B. Wan Muhamed yang kini adalah Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.. sebenarnya pos ini dirakam dalam menunggu kehadiran beliau dalam Majlis Hari Raya 2014 hari ini 23 Ogos 2014 hari Sabtu... sekolah ganti untuk cuti Deepavalli... anak-anak menyanyi-nyanyi gembira dengan senyuman di wajah setelah kenyang dengan jamuan makan percuma di kantin... Alhamdulillah..

Kita sudah masuk bulan Ogos, bulan Lapan... bulan Merdeka... tapi bagi anak-anak terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan umum PT3 dan SPM, hadirnya Ogos membawa peringatan... periksa dah semakin dekat...  raya dah sudah, tumpukan perhatian kepada persediaan menghadapi peperiksaan masing-masing.. Percubaan SPM bermula 18 Ogos.. semoga anak-anak SPM SB mampu menggalas harapan tinggi... cubalah sebaik-baik yang mampu.. Yang lain,  anda pun ada ujian UP3, harap keputusan menggalakkan.. begitulah lumrah  setiap yang bergelar pelajar...

Lazimnya bulan Ogos akan dipenuhi aktiviti-aktiviti berkaitan perayaan utama kita, Sambutan Kemerdekaan.. pasti pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk membuktikan kita cinta anu kehadirakam dalam menungnegara Malaysia yang bertuah ini.. bila aktiviti diumumkan jangan lepas peluang.. sertai... ambil bahagian... inilah masanya menunjukkan bakat dan kebolehan.. pasti ada hadiah menanti..

Oh ya... 2 Ogos 2014 ada sejarahnya juga. Di Hotel Green Park sebilangan bekas pelajar pada tahun 1974-1976 mengadakan Majlis Nostalgia Bekas Murid SMR Jalan Bahagia... ya.. namanya lain tetapi itulah yang kemudian kita kenali sebagai SMK Seri Bahagia sekarang... abang-abang dan kakak-kakak anda ini (mungkin bapa-bapa dan ibu-ibu) telah menjadi orang-orang berjaya,, ada yang menjadi orang ternama, ada yang menjadi orang berharta... masih ada kecintaan dan kebanggaan terhadap sekolah ini rupanya.. mengikut cerita yang dikongsikan Pengetua En. Hadi Mat Dain, yang dijemput hadir ke majlis tersebut, sungguh meriah majlis ini.. tahniah Dato Musa Nor Muhammad yang mengemudi majlis perjumpaan ini...

Terbukti SB pernah mendewasakan ramai warga yang kini menyumbang bakti di berbagai arena... ada Dato, Datin, doktor, engineer, hakim, peguam, akauntan... pastilah, 50 tahun lebih gah berdiri, ramai yang lahir dari Alma Mater ini.. walaupun bukan segah mana... SB memang ada sumbangannya.. semoga yang ada hari ini akan meneruskan tradisi ini..

Semoga menjelang berlalunya 2014... dan 2015 menanti.. BAHAGIA kita menunaikan tanggungjawab masing-masing.. semoga SB terus gagah menongkah cabaran... semogalah SB terus melunaskan bakti yang dituntut... pastinya SB BOLEH...