tag:blogger.com,1999:blog-56948412325232623492024-02-19T18:27:09.482+08:00BULETIN BAHAGIAmungkin tak gah, SB tetap ada sejarah....SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.comBlogger23125tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-1594273671888580442014-08-23T10:59:00.001+08:002014-08-23T11:02:12.377+08:00Bertemu Ogos...Salam AidilFitri..

Walaupun sudah di penghujungnya, meriah Aidilfitri masih terasa. Ibarat rumah tinggal, dikunjungi hanya pada hari raya... baru berkesempatan menyapu sawang di muka pintu.. mengelap habuk di lantai... menyusun sedikit perabot yang tinggal..

Mari merenung sejarah SB yang turut kita lakarkan.. Tahniah Tuan Hadi bin Mat Dain, Pengetua SMKSB yang dihormati, penerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua 2013.. semoga bersama tuan SB terus menempa kejayaan... sijil Penganugerahan Kecemerlangan Pendidikan dari YAB Menteri Besar Pahang sebagai Pengerusi Yayasan Pahang pasti menguatkan semangat kita warga SB.. bak lirik lagu sekolah : Tekad Jadi Azimat... oh ya... mungkin ada yang tidak menyedari bahawa lagu sekolah yang kita nyanyikan hari ini adalah hasil usaha mantan Pengetua Tuan Wan Abd. Hamid B. Wan Muhamed yang kini adalah Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.. sebenarnya pos ini dirakam dalam menunggu kehadiran beliau dalam Majlis Hari Raya 2014 hari ini 23 Ogos 2014 hari Sabtu... sekolah ganti untuk cuti Deepavalli... anak-anak menyanyi-nyanyi gembira dengan senyuman di wajah setelah kenyang dengan jamuan makan percuma di kantin... Alhamdulillah..

Kita sudah masuk bulan Ogos, bulan Lapan... bulan Merdeka... tapi bagi anak-anak terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan umum PT3 dan SPM, hadirnya Ogos membawa peringatan... periksa dah semakin dekat... raya dah sudah, tumpukan perhatian kepada persediaan menghadapi peperiksaan masing-masing.. Percubaan SPM bermula 18 Ogos.. semoga anak-anak SPM SB mampu menggalas harapan tinggi... cubalah sebaik-baik yang mampu.. Yang lain, anda pun ada ujian UP3, harap keputusan menggalakkan.. begitulah lumrah setiap yang bergelar pelajar...

Lazimnya bulan Ogos akan dipenuhi aktiviti-aktiviti berkaitan perayaan utama kita, Sambutan Kemerdekaan.. pasti pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk membuktikan kita cinta anu kehadirakam dalam menungnegara Malaysia yang bertuah ini.. bila aktiviti diumumkan jangan lepas peluang.. sertai... ambil bahagian... inilah masanya menunjukkan bakat dan kebolehan.. pasti ada hadiah menanti..

Oh ya... 2 Ogos 2014 ada sejarahnya juga. Di Hotel Green Park sebilangan bekas pelajar pada tahun 1974-1976 mengadakan Majlis Nostalgia Bekas Murid SMR Jalan Bahagia... ya.. namanya lain tetapi itulah yang kemudian kita kenali sebagai SMK Seri Bahagia sekarang... abang-abang dan kakak-kakak anda ini (mungkin bapa-bapa dan ibu-ibu) telah menjadi orang-orang berjaya,, ada yang menjadi orang ternama, ada yang menjadi orang berharta... masih ada kecintaan dan kebanggaan terhadap sekolah ini rupanya.. mengikut cerita yang dikongsikan Pengetua En. Hadi Mat Dain, yang dijemput hadir ke majlis tersebut, sungguh meriah majlis ini.. tahniah Dato Musa Nor Muhammad yang mengemudi majlis perjumpaan ini...

Terbukti SB pernah mendewasakan ramai warga yang kini menyumbang bakti di berbagai arena... ada Dato, Datin, doktor, engineer, hakim, peguam, akauntan... pastilah, 50 tahun lebih gah berdiri, ramai yang lahir dari Alma Mater ini.. walaupun bukan segah mana... SB memang ada sumbangannya.. semoga yang ada hari ini akan meneruskan tradisi ini..

Semoga menjelang berlalunya 2014... dan 2015 menanti.. BAHAGIA kita menunaikan tanggungjawab masing-masing.. semoga SB terus gagah menongkah cabaran... semogalah SB terus melunaskan bakti yang dituntut... pastinya SB BOLEH...

hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-42467041297994096972014-01-01T20:40:00.000+08:002014-01-01T20:41:33.665+08:00Selamat Datang 2014Salam 1Bahagia,

Berlalulah 2013 meninggalkan kita. Selamat datang 2014. Semoga 2014 tahun BAHAGIA... kita dalam misi mencari BAHAGIA 2014... jom jadikan realiti...

Berlalu setahun lagi usia SMK Seri Bahagia. Kalau manusia, 52 tahun memang usia sepatutnya dewasa dengan kematangan. Namun SB meniti sejarah dengan pelbagai peristiwa. Pahit getir, manisnya kejayaan, terkumpul dalam senarai. Walaupun mungkin tak gah, tapi SB tetap ada sejarah...

Kalau boleh dicatatkan, antara kejayaan SB tahun ini, kita sudah terkeluar dari Band 6... ada yang hairan rupanya selama ini SB bertaraf sekolah Band 6.. namun itulah hakikat yang bukan sengaja ditempah.

Dalam pada itu, beberapa kejayaan cemerlang tetap dicapai, Nor Aini Kamarolzaman dan 2 rakannya membawa nama Seri Bahagia dengan kejayaan mewakili negeri Pahang di gelanggang Petanque. Puteri ini juga Johan Negeri dalam arena puisi lama Syair pula.. Namun cabaran kita, semoga berjumpa yang akan menjadi pengganti Puteri Dua Gelanggang ini...

Untuk SB bangkit kembali menjadi kuasa digeruni dalam bidang sukan jug tidak mustahil... tidak tahun ini, tahun-tahun mendatang... ya, tak mustahil nama SB menjulang semula... banyak bidang yang boleh diterajui guru-guru melahirkan Sang Juara...

Dengan kekuatan semangat, tingginya keyakinan, menggunung ketabahan, SEDERAP memacu usaha dan gerakerja mencari sinar kejayaan yang bagaikan mustahil.. SEDERAP dengan bimbingan Pengetua baru En. Hadi Mat Dain mencari:

lompong untuk dikambus,

ruang untuk diisi,

retak untuk dicantum

koyak untuk ditampal

tiris untuk ditampung

Dengan tawakkal, usaha dan doa, kami ikhtiar:

mencari yang lemah untuk dibantu,

yang condong untuk ditopang,

yang lelah untuk diampu,

yang rebah untuk disokong

mencari yang boleh ditumpang,

yang kuat ditumpang kudrat

yang pandai ditumpang ilmu

yang tabah ditumpang sabar

yang gagah ditumpang tenaga

yang cekal ditumpang semangat

kalau ada yang letih, kawan sebelah meniup peransang, bila ada yang sedih, teman semeja membujuk rasa, sedang amarah melanda, ada yang datang menyabarkan..

Itulah gambaran keluarga kita di Seri Bahagia... dalam lemah ada kuatnya, dalam kurang ada lebihnya.... bagai aur dengan tebing ibaratnya kita...

Akhirnya sedikit kemanisan kita kecapi dalam PMR 2013... tapi, ah, hati masih tak tenteram mengenangkan SPM yang mendebarkan. Apakah lagi upaya kita, semua sudah dicurahkan.. mari tenang-tenangkan hati, berharap, berdoa ada lagi kegembiraan akan menjelang.. memang PMR SPM dua kes yang berbeza... tak apa, kita tunggulah masanya...

Yang penting, kita di era baru, tanggungjawab tak berkurang, malah mengganda, harapan orang kita galas, amanah orang kita pegang, banyak mata memerhati jadi, ikhtiar kita jangan putus...

Seri Bahagia, di bawah naunganmu, kami, wargamu takkan putus asa... kalau pun tidak ada pengiktirafan, yang penting kami tahu apa kami buat...

hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-72711101091919695252013-12-21T09:20:00.001+08:002014-01-01T15:06:36.435+08:00Masa Berlalu...Salam 1Bahagia,

Terasa amat pantas masa berlalu. Ah, macam tak puas pula cuti, kan.... Biasalah begitu...

Syukur Alhamdulillah, sebelum memulakan tahun baru persekolahan 2014, kita menerima suntikan semangat, kejayaan dalam PMR 2013.... Mungkin kecil pada pandangan orang, tapi pasti besar dalam sejarah SB kita...

Tahniah untuk semua... murid-murid PMR 2013, ibu bapa yang mendorong dan mendokong mereka, guru-guru yang berusaha sampai 'Abeh Ghreng'... balik lambat untuk memberi kelas-kelas tambahan hampir setiap hari, termasuk hari-hari cuti.. anda memang hebat.. tabik... Bukan setakat mencurahkan ilmu, bersedekah makanan pula untuk anak-anak ini... Itulah keistimewaan dan kekuatan kita, guru-guru yang tidak berputus asa, yang tidak berkira, yang ikhlas dalam bekerja.. kalaupun orang di luar masih ragu-ragu, tentu jiwa anda sekalian puas kan.. apa lagi yang kita cari... PIBG pun menyumbang, terima kasih.. Kepada kepimpinan sekolah, kombinasi kerja anda memungkinkan segala ini berlaku...

Ramai tak sangka, ramai macam tak percaya.. dan mungkin di luar jangka. PMR terakhir mengukir satu titik indah dalam sejarah SB.. sebenarnya ini bukan kecemerlangan baru, tetapi mengembalikan kegemilangan yang hilang. Semaklah sejarah, SB pernah gemilang dalam banyak hal suatu masa dulu. Tapi, ya, lain hulu lain parang.. Namun tidak mustahil kita gapai semula.. kita tunggu SPM pula, walaupun SPM PMR pastilah berbeza..

Ramai yang meminta ingin tahu maklumat tentang kejayaan PMR ini.. Yang pasti peningkatan besar, bagi MSMP (Menguasai Semua Mata Pelajaran atau lulus semua m/p) dan GPS (Gred Purata Sekolah). Mungkin ini peluang memecahkan tembok 'band' yang tahun lepas telah diruntuh sedikit demi sedikit.. InsyaAllah. New deals? Kita harap dan doakan.. Selepas Laporan Rasmi Prestasi PMR 2013 dibentang dalam Mesyuarat Pertama 2014 pada Isnin 23 Disember nanti, boleh kita kongsikan maklumat ini...

Tuan Pengetua En. Hadi telah dengan realistik mengubah Misi Sekolah... bukan untuk menjadi yang cemerlang di antara semua sekolah, tapi mengikut SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Ya lah, apa perlunya nak banding anggur dengan langsat, epal dengan manggis, gandum dengan padi... Bayangkan SMK Seri Bahagia, SB nak dibandingkan dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, SBPI.. atau dengan sekolah-sekolah yang hanya ambil pelajar UPSR 5A dan 4A saja....

Apapun, imi permulaan cantik untuk meneruskan usaha memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak SMK Seri Bahagia bagi tahun 2014 dan seterusnya... Pasti semua guru penuh semangat dan keyakinan, dengan jujur dan ikhlas menunggu peluang mencipta kejayaan-kejayaan seterusnya...

Dan anak-anak SB yang dikasihi, mari bersama kita usahakan untuk kejayaan, dunia dan akhirat. Buangkan segala yang negatif dalam diri, jom bina Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial yang positif dan mantap, sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang masih relevan ke hari ini... yakinlah, di SB pun anda boleh berjaya... kita Jadikan Boleh ya apa yang selama ini difikirkan mustahil.. dan sudah terbukti, dalam banyak hal, SB Boleh...

Semoga SB terus melakar sejarah gemilang... tak mustahil pun... Bersama kita MENUJU KEJAYAAN..

hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-62352580316131219132013-11-14T20:46:00.001+08:002014-01-01T15:06:57.896+08:00SETAHUN BERLALU...Salam 1Bahagia,

Ah, setahun persekolahan 2013 tiba ke penghujungnya. Pantas amat masa berlalu, sesaat pun tidak menunggu kita. Terasa banyaknya lagi yang masih belum disempurnakan...

Kepada calon SPM, perjuangan belum selesai. Hadapilah dengan kesungguhan untuk mencapai yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa dan keluarga, guru-guru dan sekolah. Semua takkan putus mengirim doa buat anda, mengharap kecemerlangan mampu anda gapai... motto sekolah kita kan "Marilah Menuju Kejayaan"... ayuh, jadikanlah realiti. Bayangkan kebahagian, kegembiraan dan kebanggaan bila usaha bertahun-tahun membuahkan kejayaan..

Kepada murid-murid lain, pastilah ingin berpuas-puas bercuti. Tentulah tak siapapun ingin menghalang anda. Bagaimanapun, janganlah sampai lupa hakikat tahun hadapan akan lebih mencabar. Bercutilah, tapi buku-buku teks yang dibekalkan jenguk-jenguklah. Semak tajuk-tajuk yang akan dipelajari, cuba soalan-soalan yang diberi. Semoga anda lebih bersedia, lebih bersemangat dan lebih yakin menghadapi 2014. Dalam bergembira bercuti, jagalah keselamatan dan kesihatan. Mudah-mudahan kita jumpa lagi pada 31 Disember 2014... ingat, itulah tarikh pendaftaran untuk bersekolah semula tahun hadapan. Jangan lupa ya pesanan Pengetua, pendaftaran mesti dibuat oleh penjaga anda kerana anda masih bawah umur.. ingatkan ibu bapa atau siapa juga penjaga anda, hadirkan diri untuk serahkan anda kepada pihak sekolah untuk memdidik anda sebaik mungkin. Mudah-mudahan kejayaan milik kita..

Kepada para guru, cuti yang datang menggembirakan tetapi pasti bayangan tugas tidak membenarkan cuti itu dinikmati sepenuhnya untuk kesenangan diri sendiri dan keluarga. Ramai guru menyadari, untuk menyempurnakan tugas, cuti hanya untuk sekadar melepas lelah dan memenuhi tanggungjawab kepada keluarga. Penuh diminda memikirkan untuk menambahbaik keupayyaan diri sendiri, demi kesempurnaan tugas. Walaupun kesempurnaan bukan milik manusia, tetapi berusaha mencapainya adalah tanggungjawab.

Elok kita ruangkan masa merenung prestasi diri sendiri. Kemudian kita cari ikhtiar memperbaiki mana yang rosak, menambah mana yang kurang, menampung mana yang tiris. Semoga tahun hadapan kita lebih mampu, lebih upaya dan lebih bertenaga. Semogalah segala 'hutang' tanggungjawab dapat kita langsaikan sebelum tiba di penghujung garisan perkhidmatan. Kata-kata keramat ini, yang sering disebut Hjh Fauziah Harith, bekas Pengetua kita, elok kita ingat selalu, 'BIAR TERLEBIH KERJA, DARIPADA TERLEBIH GAJI'. Amat bermakna, kan?

Apa-apapun, SELAMAT BERCUTI dan bergembira, menunggu tahun 2014 yang bakal tiba...

hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-76961883419189428422013-10-01T08:51:00.001+08:002013-10-01T09:03:31.315+08:00SB Pasca Jubli Emas... Salam 1Bahagia,

Sedihnya melihat rumah SB ni... Lamannya semak, tangganya berlumut... di dalamnya sunyi sepi, berdebu... tuan rumah berkelana di rumah lain tak sudah-sudah, ahli keluarga lain pun tidak menjengah... tetamu tentulah tidak menyinggah.... sentiasa berazam ingin menceriakan rumah ini...

SB, pasca Jubli Emas... lebih setahun berlalu... Pengetua pun sudah bertukar, GPK KOKO datang dan pergi sudah berganti, guru-guru yang mengandung dari tahun lepas sudah besar cahayamata mereka... Terima kasih Pn. Hajah Fauziah Haris, Terima kasih Tn. Haji Wan Mazlan. Tahniah Pn. Sharifah Ros Aznira, tahniah Pn. Masniza.... ada lagi yang tertinggal, maaf dipinta...

Esok PMR terakhir abad ini akan bermula. Pastinya debar menggoncang di hati para pentadbir dan guru-guru, semoga anak-anak SB menjadikan menjadikannya memori indah - buat diri mereka sendiri, keluarga dan sekolah... tiada siapa boleh mempertikai, cikgu-cikgu telah berusaha... kelas tabahan, Program Abeh Ghreng, makan tengahari percuma.... dengan izin Allah pasti membuahkan hasil.... tahniah cikgu-cikgu Tingkatan 3... Pn. Noraini Zainal Abidin, Pn. Norwahida, Pn. Masniza, Pn. Sharulbariah... dan yang lain-lain tidak tersebut kali ini, jangan kecil hati...

Peperiksaan Percubaan SPM sudah berlalu, esok akan dibuat posmortemnya... semoga pencapaian terus meningkat... dulu lagi sudah dikata... SB takkan boleh menjadi SBPI, tetapi berhak mencapai kejayaannya sendiri... kata-kata Pengetua Tn Hadi Mat Dain, 'bertanding dengan diri sendiri'... menjadi cemerlang mengikut SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Kalau ada yang hendak mengetahui dengan lebih jelas, jom datang ke Perpustakaan. Banyak sekali buku-buku berkaitan pendidikan dan pengurusan sekolah di perpustakaan... eloklah dimanfaatkan.

Kepada anak-anak SB, anda harapan kami... Jom pertingkat usaha untuk menjadi lebih baik, lebih cemerlang, lebih berjaya. Masa bersekolah ini akan berakhir dan anda nanti akan teringat, terkenang, bagaimana anda di sekolah. Kalau anda cemerlang di sekolah, anda akan berbangga bercerita kepada anak cucu tentang pencapaian anda. Kalau sebaliknya, jika anda pelajar yang baik di sekolah, anda boleh menceritakan pengalaman anda sebagai teladan kepada anak cucu anda. Kalau sebaliknya lagi, anda boleh juga ceritakan perihal kenakalan anda, kegagalan anda, penyesalan anda sebagai sempadan untuk anak cucu anda, supaya mereka tidak mengulangi yang buruk-buruk itu...

Seri Bahagia, kita sedang menempa nama sekali lagi, mendaki gunung kejayaan... semoga SB terus berbakti melahirkan generasi yang menjadi asset negara... SB mungkin tak segah SBPI, tapi SB tetap ada sejarahnya sendiri...

Berbanggalah kita sebahagian dari sejarah SB...

Sekadar sekeping gambar kenangan hari guru 2013...

hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-18376795561028796542012-11-27T20:15:00.002+08:002012-11-27T20:20:51.743+08:00Salam 1Bahagia,

Lama sekali blog ini terabai. Cuti akhir tahun terus berjalan, dan bulan Disember menjelang datang. Pastinya dalam mood cuti tetap semua kita memikirkan tentang tahun yang mendatang. Buat yang baru menyelesaikan SPM, Selamat Berjaya.

SB sudah punya teraju baru : En. Hadi Mat Dain telah sudi menyertai keluarga 1Bahagia... Pengetua Cemerlang yang akan memimpin SB ke arah kecemerlangan... marilah semua bersama beliau 1Bahagia Menjana Transfornasi...

Satu acara penting dalam perjalanan sejarah SMKSB bakal berlangsung, mengikut perancangan, pada 22 Disember 2012 - Mesyuarat Agung 1 Alumni SMKSB. Setelah 50 tahun berlalu, kita buka lembaran baru. Alumni ini ditubuhkan mengambil berkat Jubli Emas, 50 tahun SB tegak berbakti... walaupun mungkin tidak gah, SB tetap ada sejarah... Alumni ini untuk semua yang pernah bernaung di bawah SMKSB/

SMSB/SMJB/SMRJB... walaupun namanya mungkin berubah-ubah, SB tetap kepunyaan bersama... kalau bukan kita menyemarakkannya, siapa lagi..

Semoga cuti ini memberi tenaga baru untuk tahun hadapan, sama ada untuk guru mahupun murid.

Jumpa lagi...
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-54691410876553281542012-05-31T06:29:00.001+08:002012-05-31T06:29:13.652+08:00Cuti-Cuti Juga...Salam 1Bahagia,

Semoga semua dalam bahagia. Banyak sebenarnya yang patut dibicarakan di sini tapi terabai. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah berlalu. Kita diperkenalkan dengan 'cara' baru merekod markah secara online. Mungkin ada yang masih keliru dengan yang baru ini. Nampaknya setakat ini, ada lagi markah yang belum dikemaskini. Sebaiknya kita bekerjasama mempermudah kerja SU Peperiksaan kita.

Kepada anak-anak SB, perhatikan dan nilailah pencapaian masing-masing. Bagaimana? Puas hati? Kecewa? Gembira? Sedih? Tak kisah je? Semuanya hasil usaha anda. Input diberi guru sama untuk semua, perbezaan markah adalah anda yang tentukan...

Bagi yang masih berbaki Kelas Tambahan Masa Cuti ini, bersabarlah. Masih panjang cuti kita. Berkorbanlah sedikit demi pencapaian dalam PMR/SPM anda. Kalau guru-guru boleh, mengapa anda tidak? Yakinlah ia akan membantu anda.

Kepada yang sedang menikmati cuti, jangan sia-siakan masa ya. Setiap saat berlalu mari kita isikan secara berfaedah. Semoga semua gembira..

Tahun ini kita kehilangan 2 orang warga SB yang banyak berjasa. Pn. Hjh Foziah, Pengetua kita bersara wajib.

Datin Dhanaletchimi memilih bersara awal atas sebab-sebab peribadi. Semoga keduanya bahagia menikmati hari-hari mendatang.

Dan kita yang masih lagi dengan tanggungjawab, mari kita berazam meningkatkan usaha pada semester ke-2 akan datang. Kita ada Kejohanan Olahraga untuk dihadapi, dan persediaan untuk peperiksaan terutama untuk calon PMR & SPM mesti digiatkan lagi. Semoga dapat semua kita melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini!

hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-38989590003290305142012-04-29T06:57:00.000+08:002012-04-29T06:57:04.454+08:00Bersama Menjaga Keselamatan di SB KitaSalam 1Bahagia,

Rabu, pagi-pagi ada perhimpunan KoKurikulum. Ramai guru dan pelajar terlibat permainan Bola Baling. Sangat dukacita atas kejadian malang pelajar-pelajar disengat tebuan.

Memang tak disangka dan tak terjangka perkara begini berlaku di SB. Mudah-mudahan tidak berlaku lagi. Tentunya ini menunjukkan betapa hal-hal mengenai keselamatan harus diberikan lebih perhatian. Semua mesti bekerjasama, yang mengetahui keadaan bahaya mesti memaklumkan kepada pihak pentadbir.

Bahaya boleh datang dalam berbagai bentuk. Semuanya perlu dicegah dan dihapuskan. Kangan buka ruanguntuk perkara buruk menimpa kita. Memang malang tidak berbau, tapi ada langkah-langkah pencegahan yang boleh menghalang dari berlaku.

Harap kita sama-sama cakna!
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-24895648162242970812012-04-29T06:51:00.000+08:002012-04-29T06:51:05.465+08:00Salam 1Bahagia
Syukur semalam telah tercatat 2 peristiwa dalam lipatan sejarah SMKSB... WALAUPUN TIDAK GAH SB TETAP ADA SEJARAH...
1. Pagi telah berlangsung pertandingan Woodball Jubli Emas disertai lebih kurang 50 pemain dalam 3 kategori, VIP, lelaki dan Wanita. Senarai pemenang akan diupdate setelah maklumat lengkap diperoleh;
***Johan Lelaki : En. Shahran dari SMK SERI TUALANG
Johan VIP : perlu disemak***
Johan Wanita : Pn. So'nah Mohd. Takin dari SMK ABU BAKAR
2. Pwtang : Majlis Minum Petang Bekas Guru dan Pelajar SMKSB.
Jawatankuasa Penaja Penubuhan Alumni SMKSB berjaya ditubuhkan.
Pengerusi : Tn. Haji Hamzah b.Husin - Mantan PPD Temerloh
Timb. Pengerusi : Dato Zamri
Setiausaha : En. Indran Suburamaniam - Pensyarah IAB
Bendahari : Cik Najibah bt. Borhan Nordin
Wakil Bekas Guru : En. Wan ABd. Hamid B. Wan Mohamed
JK penuh akan diperkenalkan setelah maklumat lanjut diperoleh.
Tahniah semua yang sama-sama bertanggungjawab atas acara-acara ini. Ramai yang balik atau datang ke Temerloh semata-
mata untuk acara ini. Tahniah.... untuk kita semua
Pastinya menjadi kenangan abadi yang bermakna untuk Pn Hajah Fauziah yang akan bersara...
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-2754985309643824392012-04-28T07:51:00.002+08:002012-04-28T07:53:04.276+08:00Salam 1Bahagia,
Hari ini satu lagi sejarah akan terukir. Pagi ini berlangsung Pertandingan Woodball Jubli Emas SMKSB, yang disertai guru-guru dan bekas guru SB. Pasti meriah dan menggegarkan. Semua persediaan telah dibuat... hadiah-hadiah lumayan sekali.
Dan petang ini, Majlis Minum Petang Bekas Pelajar dan Bekas Guru akan menghimpunkan ahli-ahli keluarga SB yang lama terpisah. Semoga ini permulaan yang akan membuahkan hasil lebih bermakna - penubuhan ALUMNI SB sesuai sangat dibuat hari ini... SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA SB.... SEMOGA SILATURRAHIM ERAT TERJALIN. Sekali SB, selamanya SB...
DIRGAHAYU SB.... Walau tidak segah mana, SB tetap ada sejarah...
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-7378802816596884712012-04-11T16:39:00.000+08:002012-04-11T16:39:05.830+08:00Minggu Bahasa + Makan Bersama Mentor-Mentee + RM600,000Salam 1Bahagia,

Tahniah semua yang telah menjayakan Minggu Bahasa. Tahniah juga kerana berjaya melaksanakan 'Makan Bersama Mentor-Mentee'. Terima kasih sponsor nasi ayam.... ada rezeki kita makan lagi ya...

Cek lah gambar kat fb Smksb Tmloh ya... tidak berkesempatan upload di sini juga...

Khamis 12.4.2012 dan Jumaat 13.4.2012 dengarnya ada rombongan 'merisik khabar' dari KPM?JPN?IB? Kita mengharapkan 'rombongan' ini membawa 'ramuan' yang boleh dikongsi untuk 1Bahagia Menjana Transformasi...

Mungkin ada 'suntikan ajaib' yang boleh menyembuhkan segala segala 'penyakit' yang ada...

Beruntung di SB ni, ramai pakar sudi datang menghulur bantuan dan sokongan... siapa sangka SB boleh dapat RM600,000 untuk pembangunan... terima kasih, terima kasih, semua yang prihatin... tuah Jubli Emas SB agaknya...

Tapi ingat, RM 600,000 itu amanah. Pastinya kita mesti menjadikan jumlah sebesar itu berbaloi @ berjasa diberikan kepada kita.. orang berbudi kita berbahasa... orang dah bagi kita mesti hargai...

Pastinya kalau kita kecundang ramai yang akan membangkitkan RM 600,000 ini, walaupun hakikatnya memang itu hak kita... jadi warga SB, jangan leka, kuatkan azam, usaha sepenuh daya.... buktikan SB Boleh!
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-33017543833102621402012-04-06T18:39:00.001+08:002012-04-06T22:14:46.297+08:00Tamat Minggu BahasaSalam 1Bahagia,

Mungkin minggu yang memenatkan... beginilah bila ramai guru terpaksa melaksanakan tugas-tugas luaran... bukan kehendak, tetapi melunaskan tanggungjawab.. dalam hal sebegini, kesepakatan dan keikhlasan tercabar... yang keluar terbeban dengan tugas tambahan, yang tinggal jenuh me'relief' kelas kawan-kawan...

Pelajar-pelajar punya pelbagai tanggapan bila hal ini berlaku.. ada yang menyalahkan guru, ada yang suka sangat tak ada cikgu.. kalau cerdik, pembelajaran sendiri amat membantu pencapaian dalam peperiksaan.. kalau tiada kawalan diri sendiri jadilah masa terluang, sia-sia, yang sedihnya ada kerja dibekal guru tidak disempurnakan... ada nota ditinggal guru tidak dipedulikan..

Harap selepas ini tumpuan kita tidak berbelah bagi kepada akademik.. guru jalankan peranan guru, pelajar gunakan kesempatan meningkatkan pencapaian.. jangan cikgu usaha sampai rebah, pelajar tak ingin pun ambil kisah... cikgu bersusah payah, pelajar sikit pun tak endah....

Ingat, guru mengajar, membimbing, menunjuk cara, murid-murid sendiri kenalah berusaha... ingatlah,cikgu takkan boleh masukkan ilmu ke dalam otak pelajar, seperti mana cikgu tak boleh nak tolong hadamkan nasi lemak sarapan para pelajar...

Oh ya, asalnya tadi nak mengucapkan tahniah kerana selesainya Minggu Bahasa.. walaupun secara ringkas, tetap ada aktiviti yang berjalan... Scavenger Hunt, Mengarang Pantun, Crossword Puzzle, Spelling Bee, Spell-It-Right... Yang menang tunggulah hadiah... memang le bukan POroton ke Myvi, tapi adalah sedikit kenangan zaman sekolah anda...
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-7188332689846988502012-04-01T21:58:00.000+08:002012-04-01T21:58:44.128+08:00ESOK TARIKH KERAMAT...Salam 1BAHAGIA..

Esok Isnin 2 April 2012... inilah tarikh rasmi yang tercatat dalam sejarah penubuhan SB kita ini...50 tahun lalu...

Bukan satu jangka yang pendek, bukan sekejap tapi 50 tahun... semoga SB terus berbakti..

Dan esok, kita lancarkan kempen 1Bahagia Nembaca 2012... semoga kita gemilangkan nama SB dengan penambahbaikan sempena JUBLI EMAS yang keramat..

Dirgahayu SB...
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-68240318772442605752012-03-30T05:04:00.000+08:002012-03-30T05:04:49.345+08:00Kita teruskan..Salam 1Bahagia..

Mari teruskan tugas-tugas kita hari ini. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam... mudah-mudahan hari ini kita lebih baik dari semalam...

Pelbagai tugas menunggu untuk kita lengkapkan... pelbagai amanah menanti untuk kita laksanakan... pelbagai tanggungjawab mencabar untuk dilunasi...

Dengan kemahuan, kita boleh..

Memberi alasan takkan menyelesaikan apa-apapun.. kita boleh, dengan cara dan gaya kita sendiri..
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-12608974884487740432012-03-29T09:21:00.000+08:002012-03-29T09:21:28.635+08:00Dari Ain MaisarahAssalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat warga SMK Seri Bahagia yang manis-manis semuanya... terima kasih atas sambutan yang menggalakkan.

Terima kasih kerana menyokong AinMaisarah dan Kak Ain berharap semua menyukai buku-buku penulisan Kak Ain seperti Aku Mahu Popular dan Aku Mahu Saiz S. Sekiranya ada rezeki dan masa, InsyaAllah pasti Kak Ain berkunjung lagi ke Temerloh.

Kak Ain doakan semua tenaga pengajar dan pelajar-pelajar berada dalam lindunganNya. Selamat berjaya dan terus cemerlang mengejar cita-cita.

Jumpa lagi pada masa akan datang!

Salam Hormat,

AinMaisarah

www.ainmaisarah.com

www.facebook.com/ainmaisarah.novelis
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-2515056144915484462012-03-25T08:42:00.000+08:002012-03-25T08:42:31.256+08:00Dari Meja PengetuaSalam 1Malaysia,

Salam 1Bahagia,

Sesungguhnya hari ini salah satu hari BAHAGIA untuk semua warga Seri Bahagia. Satu hari yang sungguh bermakna - Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pendidikan dan pelancaran Sambutan JUBLI EMAS 1962-2012.

Sukacita saya mengalu-alukan semua ibu bapa ahli-ahli PIBG SMK Seri Bahagia. Selamat bermesyuarat dan memilih kepimpinan baru.

Kepada penerima-penerima hadiah dan anugerah, Tahniah! Anda sudah buktikan anda boleh, dan SB sudah buktikan SB BOLEH. Tiada sebab anak-anak SB ketinggalan daripada anak-anak di sekolah lain. Saya mendoakan anda sentiasa Maju Jaya.

Dan, dengan besar hati saya mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha En. Yahya b. Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang. Terima kasih atas kesudian hadir bersama pada hari BAHAGIA kami di sini. Sesungguhnya kami berbangga tuan sudi berkongsi keBAHAGIAan kami hari ini. Semoga pendidikan di Pahang tambah melonjak dengan kepimpinan prihatin tuan. Harap tuan sudi menurunkan sedikit amanat untuk menjadi pengeras semangat semua kami di SB.

Terima kasih semua.

Dirgahayu SB! Dirgahayu SB! Dirgahayu SB!

Hajah Fauziah Bt. Harith

Pengetua SMK Seri Bahagia
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-37858992862830937872012-03-25T07:04:00.000+08:002012-03-25T07:04:59.917+08:00Hari Yang DinantiSalam 1 Malaysia,

Hari ini akan berlangsung Mesyuarat Agung PIBG yang akan memilih JK yang baru. Selamat bermesyuarat.

Juga akan berlangsung Hari Pendidikan, untuk menghargai anak-anak SB yang sudah membuktikan keupayaan mereka.

Dan satu peristiwa bersejarah sekolah akn juga berlangsung hari ini - Perasmian dan Pelancaran Sambutan JUBLI EMAS (1962-2012). Mencapai usia 50 tahun, pelbagai acara akan diadakan untuk meraikannya. Terdekat pihak PSS menganjurkan Pesta Buku@SMK SERI BAHAGIA pada 29-31 Mac 2012.

Semua murid, guru serta keluarga dan orang ramai dijemput hadir. Kepada peminat novelis AIN MAISARAH, jangan lepaskan peluang bertemu beliau pada Khamis - 29 Mac 2012 jam 9.00 pagi - 12.30 tghari. AIN MAISARAH juga akan mengendalikan satu bengkel penulisan di Perpustakaan Sekolah pada petang Khamis untuk pelajar yang berminat. Tempat terhad
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-63092161949583478892012-03-25T03:44:00.000+08:002012-03-25T03:44:47.927+08:00Esok Yang DinantiSalam 1Bahagia,

Sibuk betul nampaknya sekolah minggu ini. Mesyuarat Agung diharapkan ramai ahlinya datang. Tahun ini ada pemilihan JK. Semoga kepimpinan baru dapat menjalinkan hubungan lebih erat dengan pihak sekolah

Hari pendidikan lebih istimewa tahun ini kerana Pelancaran Sambutan Jubli Emas (1962-2012.

Semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Dan semoga usaha-usaha dan pengorbanan cikgu-cikgu berbaloi. Hasil kerja kita bukan sekadar esok, tapi impaknya akan berpanjangan.

Apa yang kita lakukan, mudah-mudahan menjadi satu lagi dimensi pendidikan untuk diri kita dan anak-anak SB.

Jubli Emas datang sekali sahaja.... walaupun mungkin tak gah, SB tetap ada sejarah!
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-64195761020990282852012-03-21T06:28:00.001+08:002012-03-21T06:30:15.884+08:00KEPUTUSAN SPMSalam 1Bahagia,

Hari ini keputusan SPM akan diketahui. Memang debarannya amat dirasakan para guru. Seolah-olah guru yang mengambil peperiksaan. Semua mengharapkan hasil yang meningkat, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Semua guru sudah menjalankan ikhtiar, bagaimana hasilnya adalah gabungan banyak faktor.

Apapun, masa depan pelajar paling utama. Walau bagaimana keputusan mereka, semuanya masih berpotensi untuk mencapai kejayaan seterusnya. Asalkan ada keinginan banyak yang boleh diusahakan - hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Hari ini penutup yang sudah-sudah - pemula yang akan datang. Rencanakan apa yang terbaik. Perjalanan hidup anda masih jauh - buatlah keputusan mengikut keperluan, bukan sekadar kesukaan.

Mudah-mudahan ada yang boleh menjadi penguat semangat kepada para guru, perangsang kepada para pelajar, apatahlagi kita akan menyambut Jubli Emas tak berapa hari saja lagi.

1Bahagia Menjana Transformasi..
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-86158551057565783622012-03-19T20:43:00.000+08:002012-03-19T20:43:08.848+08:00Semoga semuanya berjayaSalam 1Bahagia,

Minggu ini memang sangat-sangat sibuk untuk kita di SB. Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pendidikan, pelancaran Sambutan Jubli Emas, ditambahlagi kencang debaran menunggu keputusan SPM. Cikgu-cikgu berdebar macam mereka sendiri mengambil peperiksaan. Begitulah setiap tahun.

Mudah-mudahan semuanya berjaya!
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-75873716878878991612012-03-18T15:45:00.004+08:002012-03-18T20:17:23.344+08:00Gambar Guru 1970

Gambar guru paling awal dalam simpanan. Pusat Sumber Sekolah (PSS) menyimpan 33 daripada 37 edisi Malalah BAHAGIA yang diterbitkan, pertama pada tahun 1969, dan terakhir pada tahun 2007. Sayangnya edisi pertama majalah ini iaitu diterbitkan 1969 tiada dalam simpanan. Koleksi majalah sekolah ini akan dipamerkan di Galeri Bahagia yang perasmiannya dirancang pada pelancaran Sambutan Jubli Emas SMK Seri Bahagia pada 25 Mac 2012.

hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-87038067872155553732012-03-18T15:29:00.002+08:002012-03-18T18:49:06.563+08:00SAMBUTAN JUBLI EMAS 2012Mari bersama kita raikan.... nantikan acara-acara yang akan diumumkan...
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5694841232523262349.post-68562350320799526402012-03-17T19:03:00.004+08:002012-03-20T16:02:03.318+08:00Selamat DatangSalam 1Bahagia,

Blog ini dibina sempena Sambutan Jubli Emas SMK SERI BAHAGIA, TEMERLOH, sebagai usaha untuk merakam sejarahnya. Di sini diharap semua yang pernah, sedang dan akan menjadi warganya dapat berinteraksi, berkongsi cerita, menyumbang idea, mengenang kisah lama dan merencana hala tuju SB seterusnya.

Selain di sini, kisah dan sejarah SB kami muatkan dalam terbitan berkala Buletin Bahagia dan diabadikan di Galeri Bahagia yang diwujudkan sempena Sambutan Jubli Emas yang bersejarah ini.

Kepada yang mempunyai bahan untuk dikongsikan, sama ada dalam bentuk tulisan, gambar-gambar, barangan-barangan yang berkaitan sejarah Seri Bahagia sila berhubung dengan pihak Penyelaras Pusat Sumber. Sumbangan anda sangat dialu-alukam
hubungi kami : seribhgiatmloh@gmail.com
SMK SERI BAHAGIAhttp://www.blogger.com/profile/13940792342440543024noreply@blogger.com0