SELAMAT DATANG
mungkin tak gah tapi SB tetap ada sejarah...

SEJARAH

EVOLUSI NAMA

Tarikh rasmi penubuhan sekolah (2 April 1962) adalah berdasarkan buku SEJARAH SEKOLAH-SEKOLAH PAHANG (1888-1972) terbitan PEJABAT PELAJARAN NEGERI PAHANG 1976.
SENARAI PENGETUA

EN. HADI B. MAT DAIN : NOVEMBER 2011

BEKAS PENGETUA

jasamu tetap dikenang.....

PN. HJH FAUZIAH HARITH

Kulit Majalah 'BAHAGIA' edisi ke-2 terbitan tahun 1970, (edisi pertama tiada dalam simpanan) menjadi inspirasi penerbitan 'Buletin Bahagia' menggantikan Majalah 'Bahagia' yang terakhir diterbitkan pada tahun 2007. Juga pemangkin kewujudan blog 'Buletin Bahagia' untuk merakam sejarah SB melunas bakti di alam pendidikan.
Diharap 'Buletin Bahagia' online ini dapat menjadi rujukan, khususnya untuk generasi SB yang akan datang..
Walaupun bukan paling gah, SB tetap ada sejarah...




Ini gambar staff sekolah paling awal ada dalam simpanan. Pusat Sumber Sekolah (PSS) menyimpan 33 daripada 37 edisi majalah BAHAGIA yang diterbitkan pertama jali tahun 1969 dan terakhir 2007. Sayangnya edisi pertama terbitan 1969 tidak dapat dikesan. Koleksi majalah yang sangat berharga ini akan menjadi bahan pameran di Galeri Bahagia yang akan dirasmikan sempena pelancaran Sambutan Jubli Emas pada 25 Mac 2012 pada Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Pendidikan Sekolah.
Pihak PSS mengalu-alukan sebarang sumbangan bahan-bahan sejarah SB dari semua pihak. Sila hubungi Penyelaras PSS di Perpustakaan sekolah.


Ini adalah salinan muka surat yang mengandungi KATA-KATA ALUAN oleh Pengerusi, Lembaga Pengurus Sek. Men. Rendah (Jen. Keb.) Temerloh iaitu nama SMK Seri Bahagia pada masa itu (1970)

(Dato) Tan Meng Chua adalah tokoh yang amat berpengaruh di Temerloh sekitar tahun 70an.

EVOLUSI LENCANA SEKOLAH

(berdasarkan penggunaan pada kulit Majalah Sekolah, BAHAGIA)






Reka bentuk lencana sekarang adalah oleh PENGETUA EN. WAN ABD. HAMID BIN WAN MOHAMED. Mula digunapakai pada tahun 2006.