SELAMAT DATANG
mungkin tak gah tapi SB tetap ada sejarah...

Sabtu, 23 Ogos 2014

Bertemu Ogos...

Salam AidilFitri..

Walaupun sudah di penghujungnya, meriah Aidilfitri masih terasa. Ibarat rumah tinggal, dikunjungi hanya pada hari raya... baru berkesempatan menyapu sawang di muka pintu.. mengelap habuk di lantai... menyusun sedikit perabot yang tinggal..

Mari merenung sejarah SB yang turut kita lakarkan.. Tahniah Tuan Hadi bin Mat Dain, Pengetua SMKSB yang dihormati, penerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua 2013.. semoga bersama tuan SB terus menempa kejayaan... sijil Penganugerahan Kecemerlangan Pendidikan dari YAB Menteri Besar Pahang sebagai Pengerusi Yayasan Pahang pasti menguatkan semangat kita warga SB.. bak lirik lagu sekolah : Tekad Jadi Azimat... oh ya... mungkin ada yang tidak menyedari bahawa lagu sekolah yang kita nyanyikan hari ini adalah hasil usaha mantan Pengetua Tuan Wan Abd. Hamid B. Wan Muhamed yang kini adalah Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.. sebenarnya pos ini dirakam dalam menunggu kehadiran beliau dalam Majlis Hari Raya 2014 hari ini 23 Ogos 2014 hari Sabtu... sekolah ganti untuk cuti Deepavalli... anak-anak menyanyi-nyanyi gembira dengan senyuman di wajah setelah kenyang dengan jamuan makan percuma di kantin... Alhamdulillah..

Kita sudah masuk bulan Ogos, bulan Lapan... bulan Merdeka... tapi bagi anak-anak terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan umum PT3 dan SPM, hadirnya Ogos membawa peringatan... periksa dah semakin dekat...  raya dah sudah, tumpukan perhatian kepada persediaan menghadapi peperiksaan masing-masing.. Percubaan SPM bermula 18 Ogos.. semoga anak-anak SPM SB mampu menggalas harapan tinggi... cubalah sebaik-baik yang mampu.. Yang lain,  anda pun ada ujian UP3, harap keputusan menggalakkan.. begitulah lumrah  setiap yang bergelar pelajar...

Lazimnya bulan Ogos akan dipenuhi aktiviti-aktiviti berkaitan perayaan utama kita, Sambutan Kemerdekaan.. pasti pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk membuktikan kita cinta anu kehadirakam dalam menungnegara Malaysia yang bertuah ini.. bila aktiviti diumumkan jangan lepas peluang.. sertai... ambil bahagian... inilah masanya menunjukkan bakat dan kebolehan.. pasti ada hadiah menanti..

Oh ya... 2 Ogos 2014 ada sejarahnya juga. Di Hotel Green Park sebilangan bekas pelajar pada tahun 1974-1976 mengadakan Majlis Nostalgia Bekas Murid SMR Jalan Bahagia... ya.. namanya lain tetapi itulah yang kemudian kita kenali sebagai SMK Seri Bahagia sekarang... abang-abang dan kakak-kakak anda ini (mungkin bapa-bapa dan ibu-ibu) telah menjadi orang-orang berjaya,, ada yang menjadi orang ternama, ada yang menjadi orang berharta... masih ada kecintaan dan kebanggaan terhadap sekolah ini rupanya.. mengikut cerita yang dikongsikan Pengetua En. Hadi Mat Dain, yang dijemput hadir ke majlis tersebut, sungguh meriah majlis ini.. tahniah Dato Musa Nor Muhammad yang mengemudi majlis perjumpaan ini...

Terbukti SB pernah mendewasakan ramai warga yang kini menyumbang bakti di berbagai arena... ada Dato, Datin, doktor, engineer, hakim, peguam, akauntan... pastilah, 50 tahun lebih gah berdiri, ramai yang lahir dari Alma Mater ini.. walaupun bukan segah mana... SB memang ada sumbangannya.. semoga yang ada hari ini akan meneruskan tradisi ini..

Semoga menjelang berlalunya 2014... dan 2015 menanti.. BAHAGIA kita menunaikan tanggungjawab masing-masing.. semoga SB terus gagah menongkah cabaran... semogalah SB terus melunaskan bakti yang dituntut... pastinya SB BOLEH...


Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Salam 1Bahagia,

Berlalulah 2013 meninggalkan kita. Selamat datang 2014. Semoga 2014 tahun BAHAGIA... kita dalam misi mencari BAHAGIA 2014... jom jadikan realiti...

Berlalu setahun lagi usia SMK Seri Bahagia. Kalau manusia, 52 tahun memang usia sepatutnya dewasa dengan kematangan. Namun SB meniti sejarah dengan pelbagai peristiwa. Pahit getir, manisnya kejayaan, terkumpul dalam senarai. Walaupun mungkin tak gah, tapi SB tetap ada sejarah...

Kalau boleh dicatatkan, antara kejayaan SB tahun ini, kita sudah terkeluar dari Band 6... ada yang hairan rupanya selama ini SB bertaraf sekolah Band 6.. namun itulah hakikat yang bukan sengaja ditempah.

Dalam pada itu, beberapa kejayaan cemerlang tetap dicapai, Nor Aini Kamarolzaman dan 2 rakannya membawa nama Seri Bahagia dengan kejayaan mewakili negeri Pahang di gelanggang Petanque. Puteri ini juga Johan Negeri dalam arena puisi lama Syair pula.. Namun cabaran kita, semoga berjumpa yang akan menjadi pengganti Puteri Dua Gelanggang ini...

Untuk SB bangkit kembali menjadi kuasa digeruni dalam bidang sukan jug tidak mustahil... tidak tahun ini, tahun-tahun mendatang... ya, tak mustahil nama SB menjulang semula... banyak bidang yang boleh diterajui guru-guru melahirkan Sang Juara...

Dengan kekuatan semangat, tingginya keyakinan, menggunung ketabahan, SEDERAP memacu usaha dan gerakerja mencari sinar kejayaan yang bagaikan mustahil.. SEDERAP dengan bimbingan Pengetua baru En. Hadi Mat Dain mencari:

             lompong untuk dikambus,
             ruang untuk diisi,    
             retak untuk dicantum
             koyak untuk ditampal
             tiris untuk ditampung
            
Dengan tawakkal, usaha dan doa, kami ikhtiar:

              mencari yang lemah untuk dibantu,
              yang condong untuk ditopang,
              yang lelah untuk diampu,
              yang rebah untuk disokong

              mencari yang boleh ditumpang,
                   yang kuat ditumpang kudrat
                   yang pandai ditumpang ilmu
                   yang tabah ditumpang sabar
                   yang gagah ditumpang tenaga
                   yang cekal ditumpang semangat

kalau ada yang letih, kawan sebelah meniup peransang, bila ada yang sedih, teman semeja membujuk rasa, sedang amarah melanda, ada yang datang menyabarkan..

Itulah gambaran keluarga kita di Seri Bahagia... dalam lemah ada kuatnya, dalam kurang ada lebihnya.... bagai aur dengan tebing ibaratnya kita...

Akhirnya sedikit kemanisan kita kecapi dalam PMR 2013... tapi, ah, hati masih tak tenteram mengenangkan SPM yang mendebarkan. Apakah lagi upaya kita, semua sudah dicurahkan.. mari tenang-tenangkan hati, berharap, berdoa ada lagi kegembiraan akan menjelang.. memang PMR SPM dua kes yang berbeza... tak apa, kita tunggulah masanya...

Yang penting, kita di era baru, tanggungjawab tak berkurang, malah mengganda, harapan orang kita galas, amanah orang kita pegang, banyak mata memerhati jadi, ikhtiar kita jangan putus...

Seri Bahagia, di bawah naunganmu, kami, wargamu takkan putus asa...  kalau pun tidak ada  pengiktirafan, yang penting kami tahu apa kami buat...